Ketahian Pak Guard

Pada sesetengah orang, pak guard adaalah orang yang baik lepas kes Pak Guard Azman tu. Tapi aku pulak bekerja dalam tempat yang dijaga pak guard maka hari-hari tengok mereka dan kenal perangai mereka.

Tahukah anda bahawa pak guard ni kadang-kadang lagak dia dah macam polis. Check kereta orang, geledah habis semua beg sedangkan tu barang peribadi. Tu tak kira lagi nak masuk ke kawasan rumah tapi pak guard tido. Kalau awek yang lalu buat-buat machi sambil pegang senapang. Geli aku tengok. Cuma pesan aku satu jela kepada pak guard, tolong la buat kerja dengan ikhlas. Kerja selalu masuk lambat. Kalau aku masuk kerja lambat dah kena potong gaji tapi pak guard ni tak pakai sistem punch card atau kunci masa. Setakat sain buku je.

Sedih aku dengan pak guard kat tempat aku. Maklum saja la zaman sekarang ni banyak jenayah. Kalau pak guard pun tido atau mereka sendiri pun buat jenayah, aku tak tau nak harapkan siapa lagi nak kawal selia kawasan rumah aku ni.