Posts

Showing posts from 2014

Ketahian Pak Guard

Pada sesetengah orang, pak guard adaalah orang yang baik lepas kes Pak Guard Azman tu. Tapi aku pulak bekerja dalam tempat yang dijaga pak guard maka hari-hari tengok mereka dan kenal perangai mereka. Tahukah anda bahawa pak guard ni kadang-kadang lagak dia dah macam polis. Check kereta orang, geledah habis semua beg sedangkan tu barang peribadi. Tu tak kira lagi nak masuk ke kawasan rumah tapi pak guard tido. Kalau awek yang lalu buat-buat machi sambil pegang senapang. Geli aku tengok. Cuma pesan aku satu jela kepada pak guard, tolong la buat kerja dengan ikhlas. Kerja selalu masuk lambat. Kalau aku masuk kerja lambat dah kena potong gaji tapi pak guard ni tak pakai sistem punch card atau kunci masa. Setakat sain buku je. Sedih aku dengan pak guard kat tempat aku. Maklum saja la zaman sekarang ni banyak jenayah. Kalau pak guard pun tido atau mereka sendiri pun buat jenayah, aku tak tau nak harapkan siapa lagi nak kawal selia kawasan rumah aku ni.

Harga dan dihargai

Image
Assalamualaikum dan salam satu tanah melayu. Zaman sekarang semua barang ada harga. Semua benda berharga ada tanda harga. Semua benda bertanda harga perlu dibayar harganya. Kalau barang boleh la letak tanda harga, tapi kalau orang? Sebenarnya semua orang perlu dihargai agar mereka rasa berharga. Namun masalah yang timbul sekarang ialah bukan sahaja jasa dan pertolongan orang tak dihargai malah ada juga orang yang tiada harga diri. Macam tu kalau kawin nanti free jela kan? Dah nama tiada harga diri, buat apa nak bayar benda yang tiada harga kan? Bagi aku sebenarnya harga diri tu kita yang perlu letakkan dulu sebelum orang lain nilaikan harga diri kita. Macam barangan di pasaraya la jugak. Kalau dah letak tanda harga baru la kita tau mana satu yang lebih tinggi harganya dan mana yang mampu kita miliki.  Dah la tu. Aku bukan pakar motivasi atau pakar kondemsasi. Aku cuma seorang manusia yang suka merepek. Chow!