Harga dan dihargai
Zaman sekarang semua barang ada harga. Semua benda berharga ada tanda harga. Semua benda bertanda harga perlu dibayar harganya. Kalau barang boleh la letak tanda harga, tapi kalau orang?
Sebenarnya semua orang perlu dihargai agar mereka rasa berharga. Namun masalah yang timbul sekarang ialah bukan sahaja jasa dan pertolongan orang tak dihargai malah ada juga orang yang tiada harga diri. Macam tu kalau kawin nanti free jela kan? Dah nama tiada harga diri, buat apa nak bayar benda yang tiada harga kan?
Bagi aku sebenarnya harga diri tu kita yang perlu letakkan dulu sebelum orang lain nilaikan harga diri kita. Macam barangan di pasaraya la jugak. Kalau dah letak tanda harga baru la kita tau mana satu yang lebih tinggi harganya dan mana yang mampu kita miliki.
Dah la tu. Aku bukan pakar motivasi atau pakar kondemsasi. Aku cuma seorang manusia yang suka merepek.
Chow!