Ketahian Pak Guard

Pada sesetengah orang, pak guard adaalah orang yang baik lepas kes Pak Guard Azman tu. Tapi aku pulak bekerja dalam tempat yang dijaga pak guard maka hari-hari tengok mereka dan kenal perangai mereka.

Tahukah anda bahawa pak guard ni kadang-kadang lagak dia dah macam polis. Check kereta orang, geledah habis semua beg sedangkan tu barang peribadi. Tu tak kira lagi nak masuk ke kawasan rumah tapi pak guard tido. Kalau awek yang lalu buat-buat machi sambil pegang senapang. Geli aku tengok. Cuma pesan aku satu jela kepada pak guard, tolong la buat kerja dengan ikhlas. Kerja selalu masuk lambat. Kalau aku masuk kerja lambat dah kena potong gaji tapi pak guard ni tak pakai sistem punch card atau kunci masa. Setakat sain buku je.

Sedih aku dengan pak guard kat tempat aku. Maklum saja la zaman sekarang ni banyak jenayah. Kalau pak guard pun tido atau mereka sendiri pun buat jenayah, aku tak tau nak harapkan siapa lagi nak kawal selia kawasan rumah aku ni.

Harga dan dihargai



Assalamualaikum dan salam satu tanah melayu.

Zaman sekarang semua barang ada harga. Semua benda berharga ada tanda harga. Semua benda bertanda harga perlu dibayar harganya. Kalau barang boleh la letak tanda harga, tapi kalau orang?

Sebenarnya semua orang perlu dihargai agar mereka rasa berharga. Namun masalah yang timbul sekarang ialah bukan sahaja jasa dan pertolongan orang tak dihargai malah ada juga orang yang tiada harga diri. Macam tu kalau kawin nanti free jela kan? Dah nama tiada harga diri, buat apa nak bayar benda yang tiada harga kan?

Bagi aku sebenarnya harga diri tu kita yang perlu letakkan dulu sebelum orang lain nilaikan harga diri kita. Macam barangan di pasaraya la jugak. Kalau dah letak tanda harga baru la kita tau mana satu yang lebih tinggi harganya dan mana yang mampu kita miliki. 

Dah la tu. Aku bukan pakar motivasi atau pakar kondemsasi. Aku cuma seorang manusia yang suka merepek.

Chow!

welcome to hutan

salam 1 malaysia

perjalanan yang memenatkan sepanjang jalan menghubungkan kuantan dan muadzam buat aku rasa mengantuk.maklum la aku drive sedangkan wife aku n amoy kejenye tido je.so bertemankan lagu a.c.a.b. aku drive jela ke suatu tempat yang tak pernah aku bayangkan sebelum ni.dulu-dulu hidup kat tengah bandar tapi aku dah kena tukar tempat kerja ke suatu tempat bernama bukit ibam.bukit ibam?macam itik jibam je bunyinye.dengar nama pun dah pelik.apa punya tempat aku kena campak ni?aku layan jela.

disebabkan tak pernah datang so aku bawa slow je kereta takut terlepas simpang tapi rupanya jalan lurus je tak payah nak kekiri atau kekanan.yang menyampah pasal perjalanan ni bukan pasal jalan yang jauh tapi lori yang bawa pasir dan balak.menyampah aku tengok lori-lori ni.laju gila tapi time naik bukit macam siput.tu yang buat perjalanan jadi lambat.

attitude vs altitude

salam 1 malaysia

apa khabar semua?aku rasa macam dah lama je biarkan sawang dalam blog ni.tak kisah la.kalau ada benda nak kongsi baru aku tulis.malas nak merapu tak tentu pasal nanti kena saman pulak.aku pernah baca satu artikel kat internet tapi aku pun dah tak ingat apa link dia.dia cakap yang sikap atau attitude ni mewakili 100% pasal diri kita.mula2 aku tak caye gak.al maklum la orang putih ni suka buat teori je.lastly dia suruh try benda ni.letakkan huruf a tu dengan nombor 1 sampai la z nombor 26.tambahkan attitude tadi tu dengan wakilkan setiap nombor tadi dengan huruf.so korang akan dapat 100.tak percaya?try buat sendiri.a-1. b-2. c-3. d-4. e-5. f-6. g-7.dan seterusnya la.pastu tambahkan ATTITUDE akan jadi 1+20+20+9+20+21+4+5=100.

jodoh bukan ketentuan kita

salam 1 malaysia

dalam kehidupan kita seharian ada benda yang kita rancang akan berjalan seperti dirancangkan.akan tetapi sesetengah perkara bukan kita rancang terjadi.ada juga apa yang kita rancang tidak menjadi.so kali ni aku nak cerita sikit pasal kisah silam aku dimana allah telah membuktikan kepada aku yang jodoh tu memang ditanganNya dan bukan ditangan kita.

aku teringat seorang wanita yang pernah aku sayangi dulu.nama dia biarlah aku panggil m je.dia ni bukan budak asal kampung aku.kalau tak silap aku dia masuk sekolah masa darjah 2.aku ingat lagi masa mula2 dia masuk sekolah tu dia nangis2 xnak masuk kelas so bebudak perempuan lain ni sibuk la tolong pujuk.aku pulak gelak jela tengok dia menangis xnak duduk dalam kelas.al maklum la aku ni suka pergi sekolah.tapi selepas seminggu baru la aku ad peluang nak bercakap dengan dia (kononnye aku ni pemalu la).

dari hari ke hari hubungan kami semakin akrab dan akhirnya perasaan cinta aku terhadapnya telah berputik tanpa aku sedari.akan tetapi aku hanya anggap ia seperti cinta monyet jela.setiap masa aku akan bersama dia.belajar bersama even ke perpustakaan pun sama2.ala kira macam best friend la tapi aku malu nak cakap kat dia yang aku suka dia so aku bagi tau la kat kengkawan aku.kengkawan aku ni pulak pergi bagi tahu kat dia.tapi aku tengok dia ni macam no respon je tapi aku tak kecewa.hubungan kawan tu tetap ada sehinggalah pada suatu hari yang agak memeranjatkan aku.

kami ialah antara ahli kelab perpustakaan bergerak negeri pahang dan kerja kami ialah pinjam buku dari sana untuk dibawa balik.satu hari tu dia bagi sekeping nota untuk aku bagi kat perpustakaan bergerak tu.aku tak buka la nak jaga amanah.tapi aku tanya dia apa isi nota tu dan dia jawab yang nota tu ialah alamat rumahnya di johor.aku sudah mula kebingungan.kemudian barulah dia nyatakan kepada aku yang dia akan berpindah ke johor mengikut keluarga berpindah ke sana.aku kaget seketika.insan yang ku dambakan menjadi permaisuri hati kini akan pergi meninggalkan kelibat diriku sendirian disini.so esoknya aku hantar alamat dia ke perpustakaan bergerak tersebut.sebelum seminggu dia berpindah aku semakin mendekatinya.harap2 dia memberi tindak balas yang bahawa dia juga sayangkan aku.apakan daya sudah suratan takdir yang jodohku bukan dirinya maka tiada kata yang terucap dari bibirnya.hanya senyuman manisnya sahaja menguntum dibibir halusnya itu.

setelah perpisahan terjadi aku merasa dunia ni sudah kosong dan tiada lagi yang mampu menyenangkan hati aku lagi.aku memang layan blues gila2 masa tu.silap besar rasanya aku tak salin alamat rumahnya tu dulu.sekurang-kurangnya aku boleh mengutus surat la jugak sebagai pengubat rindu.so minggu depan tu aku pergi ke perpustakaan bergerak untuk meminta alamat yang aku tinggalkan sebelumnya tetapi aku hampa setelah diberitahu nota yang aku tingalkan tu dah dibuang kerana mereka berkata alamat tu tiada makna kerana perpustakaan bergerak ini hanya untuk negeri pahang dan setelah ahlinya keluar dari pahang maka tak perlu lagi menjadi ahli.tiada makna?!oh tidak.alamat itu bagiku terlalu bermakna.penyambung hubungan yang telah lama terputus.aku betul2 terkilan dengan apa yang terjadi.maka perasaan itu sejuk dan terus membeku tetapi tak pernah padam kerana aku yakin bahawa dialah jodohku.

selepas merantau di beberapa sekolah dan aku kembali bersekolah di kampung ketika tingkatan 4,aku cuba bertanya kepada rakan2 sekolahku sama ada mereka dapat menghubungi m tetapi tiada maklum balas yang positif.semuanya hanya berkata aku pun xtau.sehinggalah semasa tingkatan 5 ketika aku ditawarkan mengikuti tuisyen anjuran yayasan al-bukhari di sekolah menengah yang berhampiran dengan sekolahku tapi jauh la jugak jaraknya.aku pergi ke tuisyen tu dengan harapan yang aku akan berjaya didalam spm.tetapi syaratnya agak sukar bagiku.tuisyen itu mesti dihadiri setiap hari dan tidak boleh ditinggalkan melebihi 3 kali kelas yang sama atau 3hari berturut2.jika melanggar peraturan tersebut maka aku akan dibuang dari menikmati yuisyen percuma tersebut.

selain aku,ada 3 orang lagi yang menerima tawaran tersebut daripada sekolah aku.pada mulanya semua berjalan seperti dirancang akan tetapi kekurangan keluarga aku menyukarkan aku untuk pergi setiap hari kesana.lagipun ketika itu ayah aku sedang sakit dan tidak bekerja maka aku telah pergi mengikut jiranku menjual makanan di pasar malam untuk memberi wang belanja harian adik-adikku.satu hari salah seorang rakanku yang pergi tuisyen bersamaku menyatakan yang dia terserempak dengan m di sekolah tuisyen tersebut.tiba2 nostalgia silam kembali menerpa mindaku.dia cakap m ingin bertemuku.so petang tu aku tak pergi berniaga ke pasar malam dan aku pergi tuisyen dengan niat agar aku berjumpa dengan m.selepas tamat tuisyen aku menunggu ibuku mengambilku dari sekolah.ketika itulam rakanku memberitahu yang m menungguku di perpustakaan untuk bertemuku.aku memulakan langkah untuk menuju ke perpustakaan tetapi ibuku telah sampai maka aku terpaksa balik rumahku.aku dah terlepas peluang bertemunya.oh tuhan alangkah gembiranya aku pada hari itu setelah mengetahui yang m telah kembali menghampiri diriku.

duniaku rasa berseri semula.segala kenangan dari darjah 2 semasa berpindah masuk dan ketika di darjah 4 dimana semasa dia berpindah keluar terus bermain di fikiran.aku senyum sendirian.dah macam orang sewel pun ada juga.tiba2 je aku menyanyi sorang2.senyum sorang2 sepanjang malam.keesokan harinya aku bersemangat untuk pergi tuisyen semula.tetapi sesuatu diluar dugaanku telah berlaku.guruku menyatakan aku telah digugurkan dari kelas tuisyen kerana aku tidak hadir melebihi 3 hari kelas fizik iaitu pada hari jumaat.oh tidak!!!duniaku gelap serta-merta.takkan aku mahu meminta ibuku menghantarku ke sekolah itu hanya semata2 aku ingin berjumpa m.sudah tentu kena ketuk kepalaku.aku pun terus berniaga ke pasar malam pada petang itu dan aku cuba menenangkan diriku .aku masih cuba berfikiran positif bahawa dialah jodohku.rakan2ku yang lain hanya memberi perkhabaran kepadaku yang m kirim salam kepadaku.dia juga ada meninggalkan nombor telefon untuk ku hubungi (actually no fon tu aku call byk kali tak pernah diangkat.stakat sms je) berbunga hati tak terkata rasanya.indah dunia ku rasakan.

akan tetapi selepas spm semua membawa diri masing2.aku dengan jalan hidupku dan begitu juga dengan m.aku cuba melupakan segala kisah silam agar tidak menggangu fikiranku dan fokusku terhadap kerjaya.sehinggalah aku bertemu isteriku kini.aku menjalin hubungan cinta dengannya selama dua tahun dan terus melangsungkan perkahwinan.semasa aku sedang menghantar sms kepada rakan2ku,banyak yang membalas dengan pelbagai ucapan.pantun la,pusis la lirik lagu pengantin baru la,macam ada la.aku main send ke semua nombor tanpa melihat siapa yang aku hantar.aku terima sms darm m dengan yang amat ringkas tetapi menyentap jiwaku.sehingga kini aku masih menimpan sms itu.dia hanya tulis 'tahniah'.oh tidak,kenapa perasaan nostalgia itu menerjah kembali.ya Allah aku akan melangsungkan perkahwinan minggu depan.terlalu sukar untuk aku membendung perasaan dan jiwa yang berkecamuk melanda diriku sehingga aku menitiskan air mata menghadap langit gelap malam dipenuhi bintang bergemerlapan.Ya Allah mengapa begitu hebat dugaanMu padaku?mengapa Kau tak menjodohkanku dengan m?kenapa jodohku dengan orang lain sedangkan m lah yang aku yakini selama ini?pada masa itulah aku muhasabah diri sendiri sehingga aku tertidur di beranda rumah.rupanya baru aku sedar sesungguhnya jodoh pertemuan ajal dan maut ditangan Allah.hanya Dia yang berhak menentukan kerana Dia Maha Mengetahui.dan sehingga kini aku masih belum berpeluang menatap wajah m.

salam 1 malaysia

pak su bra hitam buat pasal

salam 1 malaysia

kehidupan kita berlandaskan beberapa sifat yang boleh dikatakan unsur-unsur kehidupan.salah satunya ialah tolong menolong.apa yang aku nak story kali ni pasal satu kisah tolong menolong yang memakan diri.ala macam iklan tu la,saya bukan along,saya mahu tolong.aku dapat cerita ni dari satu sumber yang boleh dipercayai.kisahnya macam ni.

kawan aku ni nak balik awal sebab ada hal lepas tu ada kawan ni mintak tolong kat kawan aku bagitau kawan dia suruh something la.so kawan aku ni pegi la ke tempat yang dia nak tujui.sampai ke tempat yang dia nak tujui terus dia anto mesej kat orang yng kawan dia pesan minta tolong.bila dia balik tetiba orang tu anto mesej pulak kat dia yang dia nak jumpa.entah macam mana ada seorang insan yang dikenali sebagai pak su bra hitam terus menyound kawan aku ni.kawan aku ni tak tahu menahu pasal perkara ni.dia hanya menyampaikan pesan atau dalam kata lain menolong kawan dia memesan kat orang tu.entah macam mana pak su bra hitam ni sound dia macam2.siap kawan2 dia yang lain pun kena hukuman atas sebab dia tolong tadi.

disebabkan kejadian tu kawan2 dia marah la tak pasal2 mandi peluh di petang hari.so kawan aku ni cerita la kejadian sebenar.tengah sedap dia cerita tetiba pak su bra hitam muncul dan dengan berbangga menyalahkan kawan aku ni.so kawan aku ni terpaksa menepis kenyataan tu walaupun terang2 pak su bra hitam tak ada kerja dan perkara sekecil semut jadi sebesar gunung kinabalu.

kesimpulan disini jangan tolong orang kalau melibatkan pak su bra hitam dan tengok orang dulu siapa yang kita nak tolong dan siapa kita akan mnyampaikan pesan pertolongan itu.so korang fikirkanlah pesanan aku ni.dalam kata lain

F*** PAK SU BRA HITAM

kegagalan punca kesusahan

salam 1 malaysia

dulu-dulu kita selalu dengar pepatah gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.tapi aku ada story pasal lain sikit berkaitan gagal ni.gagal sekali bermakna kesusahan sehingga kejayaan berikutnya.ni kawan aku la cerita kat aku.pada satu pagi incas diorang cakap kami ni jangan anggap diri senior sangat.satu calit pun tak ada lagi.macam-macam dia boleh buat kat kami.apa makna semua tu?ini disebabkan junior kawan aku ni telah gagal exam beramai-ramai dan geng kawan2aku ni diingatkan supaya jangan gagal.disebabkan kegagalan tu juga mereka telah ditarik balik keistimewaan yang diberi.datang kelas tak boleh naik kenderaan.waktu rehat tak boleh makan kat kantin.tak dibenarkan keluar dari kawasan blok.keluar pun boleh hari selasa dan khamis je.macam2 lagi la keistimewaan ditarik balik.

bagi aku semua tu bukan keistimewaan la tapi hak sebagai seorang manusia.no point ada kenderaan tapi tak boleh bawa.no point kantin depan mata tapi tak boleh datang beli makanan.no point ada kawan2 ramai tapi tak boleh menolong.so apa yang sepatutnya dikenakan sebagai hukuman sebuah kegagalan?bagi aku ada beberapa cadangan yang boleh diguna pakai dan masuk akal la.

antaranya ialah dngan membuat post mortem kenapa terjadinya kegagalan.cari punca dan baiki kelemahan yang ada.pihak2 yang berdekatan seharusnya menolong dan bukannya melopong.kalau gagal lagi buat lagi post mortem.kalau thomas alva edison berputus asa semasa beliau mencipta mentol lampu,aku rasa dah gelap dunia ni dan hanya diterangi pelita.kalau alexander graham bell berputus asa semasa beliau mencipta telefon,aku rasa mesti kita masih berutus surat.silap2 tak kenal telefon langsung.

berkisar kisah kenapa kegagalan tu terjadi agak sirih la.bermulanya dari kes incas diorang terjumpa soalan bocor di tempat yang agak tersorok.bila ditanya seorang pun tak mengaku.disebabkan itu maka pihak berwajib telah menukar soalan peperiksaan pada saat akhir dan hasilnya sangat memeranjatkan.kalau sebelum ini mereka mendapat markah yang agak tak masuk akal dari segi tahap mereka.ada la dalam 90 dan keatas tapi setelah peperiksaan baru-baru ini keputusannya hanya 4 orang sahaja yang lulus dan yang lain gagal.yang lulus pun sekadar cukup makan sahaja.jadi pihak berwajib pun menyoal mereka ada ke tak soalan bocor dan mereka masih tak mengaku.

keesokan harinya pihak berwajib dan incas mereka tampil ke kelas mereka dan menunjukkan soalan bocor yang mereka dapat tempoh hari.maka dari kes tersebut mereka telah dikenakan hukuman yang aku nyatakan diatas tadi.sampai bila hukuman ini akan diteruskan masih tidak diketahui dan sampai sekarang mereka masih mengenakan pakaian yang orang lain tak mahu pakai.pakaian orang nak pergi menembak.hahaha....aku pun gatal badan nak pakai.okeh tu jela story telling aku untuk kali ini.slamat maju jaya dan salam 1 malaysia.