welcome to hutan

salam 1 malaysia

perjalanan yang memenatkan sepanjang jalan menghubungkan kuantan dan muadzam buat aku rasa mengantuk.maklum la aku drive sedangkan wife aku n amoy kejenye tido je.so bertemankan lagu a.c.a.b. aku drive jela ke suatu tempat yang tak pernah aku bayangkan sebelum ni.dulu-dulu hidup kat tengah bandar tapi aku dah kena tukar tempat kerja ke suatu tempat bernama bukit ibam.bukit ibam?macam itik jibam je bunyinye.dengar nama pun dah pelik.apa punya tempat aku kena campak ni?aku layan jela.

disebabkan tak pernah datang so aku bawa slow je kereta takut terlepas simpang tapi rupanya jalan lurus je tak payah nak kekiri atau kekanan.yang menyampah pasal perjalanan ni bukan pasal jalan yang jauh tapi lori yang bawa pasir dan balak.menyampah aku tengok lori-lori ni.laju gila tapi time naik bukit macam siput.tu yang buat perjalanan jadi lambat.