kekecewaan seorang rakan
salam 1 malaysia
sori le aku terlalu lama meninggalkan blog aku ni tanpa sebarang update disebabkan masalah teknikal dan taktikal yang melanda perubahan gaya hidup dan akses internet kepada diri aku.al maklumla dah jadi budak sekolah ni memang memacam kerja sekolah kena buat.ok la kali ini aku nak story kat semua pasal ada sorang kawan aku ni kiranya macam ala-ala cerita hindustan la jugak.nama kawan aku ni biarlah aku panggil os je.sebelum ni dia bercinta macam nak gila la jugak.tetiap mala gayut je kejenye sampai makan pun asyik terlupa je sampai dah tahap gastrik baru teringat nak makan.
nak dijadikan cerita sekarang ni sesuatu dah berlaku.sesuatu yang serius.ini serius!!!aku pun baru la jugak dapat tahu pasal berita ni.kekasih yang begitu disayangi kini dah disunting orang.aku selalu tengok dalam cerita kat tv je tapi sekarang it become reality ma.kawan aku sendiri menjadi pelakon utamanya.dalam kelas aku kat whiteboard penuh dengan contengan.part pertama ialah undian satu kelas.satu survey tak rasmi telah diadakan dengan keputusan memihak kepada beliau iaitu beliau perlu pergi ke majlis perkahwinan ex aweknya tu.part kedua pula arahan undian ala2 afundi la jugak.taipkan OS PERGI atau TIDAK dan hantarkan ke no sekian-sekian.saksikan keputusan dengan undi terbanyak minggu depan.macam sunsilk impian la pulak.dan lastly senarai lagu karaoke yang bersesuaian dengan situasi yang dihadapi sekarang.
lagu-lagu yang telah disenaraikan antaranya ialah oh ibu,ku lepaskan kau pergi cinta tiga segi, rinduku tiada berteman, layu dihujung mekar, intifada, santapan terakhir raja bersiong dan lain-lain lagi.
aku bukan apa,kesian tu memang la kesian tapi hakikat tidak mungkin berubah dan hanya maut sahaja yang akan memisahkan mereka.so kepada os kini sedang mengalami kekecewaan tahap dewa dan beliau dikritik hebat oleh warga kelas yang rata-rata tak faham erti kecewa.apa yang ahli kelas tahu hanya mainkan lagu layu di hujung mekar nyanyian rio.aku rasa lerik lagu aku bukan superman mungkin terjadi secara realiti malam ni apabila os keseorangan melayan kesedihan dan kekecewaan.aku bukanlah superman,aku juga bisa nangis, bila kekasih hatiku, lari meninggalkan aku.
tapi tu malam nanti.sekarang ni apa yang os hadapi agak hebat ujiannya.lagu layu di hujung mekar masih lagi berkumandang ibarat degupan jantung yang tidak pernah berhenti selagi belum mati.itulah sukarnya keadaan yang dihadapi os sekarang.kini hanya cadangan dari kawan2 yang cuba memberi semangat dan bantuan sara hidup(COLA) kepadanya.antara cadangan itu adalah dengan melarikan kekasihnya ke lombok dan bernikah di sana.ada juga yang mencadangkan bunuh sahaja pengantin lelaki agar os dapat bersama semula dengan kekasih hati yang telah lama dirinduinya.memacam lagi la cadangan yang boleh dianggap gila2 dan ekstrim macam x-games.
walau apa pun cadangan yang diberi aku rasa ianya tak mungkin dapat membantu dari segi kewangan dan pengangkutan.apa yang tinggal dan diharapkan kini hanyalah sokongan moral iaitu anjakan gaji dan sijil khidmat terpuji.walaupun beliau ada bercadang untuk bekerja secara samblan di tesco untuk membawa hati yang luka dan mengisi kekosongan jiwa,itu mungkin mengambil masa untuk memulihkan keadaan.kini beliau sedang mengambil gambar pelajar2 yang sedang beradu di dalam kelas untuk mengalih tumpuan kesedihan beliau.walaupun nampak ceria namun jauh di sudut hatinya menyimpan satu rasa yang mungkin memakan masa untuk melupakan kekasih hatinya yang kini tidak lama lagi akan jadi hak milik orang lain dengan cap dagangan berdaftar.
satu lagi perangai bebudak dalam kelas aku ni semuanya walaupun tak semua,memang kaki lena.mungkin letih bekerja di skuadron2 atau tempat kerja asal menjadi alasan mereka untuk lena didalam kelas namun itu tidak seharusnya menjadi alasan yang diterima atas semangat 1 malaysia.kita seharusnya melihat semua ini dari sudut yang positif iaitu dengan memilih untuk mengambil ilmu dari tempat kerja dan bukannya mengambil keletihan dari tempat kerja.
so sekian saja ngomelan aku untuk masa ni.salam 1 malaysia