kegagalan punca kesusahan
salam 1 malaysia
dulu-dulu kita selalu dengar pepatah gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.tapi aku ada story pasal lain sikit berkaitan gagal ni.gagal sekali bermakna kesusahan sehingga kejayaan berikutnya.ni kawan aku la cerita kat aku.pada satu pagi incas diorang cakap kami ni jangan anggap diri senior sangat.satu calit pun tak ada lagi.macam-macam dia boleh buat kat kami.apa makna semua tu?ini disebabkan junior kawan aku ni telah gagal exam beramai-ramai dan geng kawan2aku ni diingatkan supaya jangan gagal.disebabkan kegagalan tu juga mereka telah ditarik balik keistimewaan yang diberi.datang kelas tak boleh naik kenderaan.waktu rehat tak boleh makan kat kantin.tak dibenarkan keluar dari kawasan blok.keluar pun boleh hari selasa dan khamis je.macam2 lagi la keistimewaan ditarik balik.
bagi aku semua tu bukan keistimewaan la tapi hak sebagai seorang manusia.no point ada kenderaan tapi tak boleh bawa.no point kantin depan mata tapi tak boleh datang beli makanan.no point ada kawan2 ramai tapi tak boleh menolong.so apa yang sepatutnya dikenakan sebagai hukuman sebuah kegagalan?bagi aku ada beberapa cadangan yang boleh diguna pakai dan masuk akal la.
antaranya ialah dngan membuat post mortem kenapa terjadinya kegagalan.cari punca dan baiki kelemahan yang ada.pihak2 yang berdekatan seharusnya menolong dan bukannya melopong.kalau gagal lagi buat lagi post mortem.kalau thomas alva edison berputus asa semasa beliau mencipta mentol lampu,aku rasa dah gelap dunia ni dan hanya diterangi pelita.kalau alexander graham bell berputus asa semasa beliau mencipta telefon,aku rasa mesti kita masih berutus surat.silap2 tak kenal telefon langsung.
berkisar kisah kenapa kegagalan tu terjadi agak sirih la.bermulanya dari kes incas diorang terjumpa soalan bocor di tempat yang agak tersorok.bila ditanya seorang pun tak mengaku.disebabkan itu maka pihak berwajib telah menukar soalan peperiksaan pada saat akhir dan hasilnya sangat memeranjatkan.kalau sebelum ini mereka mendapat markah yang agak tak masuk akal dari segi tahap mereka.ada la dalam 90 dan keatas tapi setelah peperiksaan baru-baru ini keputusannya hanya 4 orang sahaja yang lulus dan yang lain gagal.yang lulus pun sekadar cukup makan sahaja.jadi pihak berwajib pun menyoal mereka ada ke tak soalan bocor dan mereka masih tak mengaku.
keesokan harinya pihak berwajib dan incas mereka tampil ke kelas mereka dan menunjukkan soalan bocor yang mereka dapat tempoh hari.maka dari kes tersebut mereka telah dikenakan hukuman yang aku nyatakan diatas tadi.sampai bila hukuman ini akan diteruskan masih tidak diketahui dan sampai sekarang mereka masih mengenakan pakaian yang orang lain tak mahu pakai.pakaian orang nak pergi menembak.hahaha....aku pun gatal badan nak pakai.okeh tu jela story telling aku untuk kali ini.slamat maju jaya dan salam 1 malaysia.