jodoh bukan ketentuan kita
salam 1 malaysia
dalam kehidupan kita seharian ada benda yang kita rancang akan berjalan seperti dirancangkan.akan tetapi sesetengah perkara bukan kita rancang terjadi.ada juga apa yang kita rancang tidak menjadi.so kali ni aku nak cerita sikit pasal kisah silam aku dimana allah telah membuktikan kepada aku yang jodoh tu memang ditanganNya dan bukan ditangan kita.
aku teringat seorang wanita yang pernah aku sayangi dulu.nama dia biarlah aku panggil m je.dia ni bukan budak asal kampung aku.kalau tak silap aku dia masuk sekolah masa darjah 2.aku ingat lagi masa mula2 dia masuk sekolah tu dia nangis2 xnak masuk kelas so bebudak perempuan lain ni sibuk la tolong pujuk.aku pulak gelak jela tengok dia menangis xnak duduk dalam kelas.al maklum la aku ni suka pergi sekolah.tapi selepas seminggu baru la aku ad peluang nak bercakap dengan dia (kononnye aku ni pemalu la).
dari hari ke hari hubungan kami semakin akrab dan akhirnya perasaan cinta aku terhadapnya telah berputik tanpa aku sedari.akan tetapi aku hanya anggap ia seperti cinta monyet jela.setiap masa aku akan bersama dia.belajar bersama even ke perpustakaan pun sama2.ala kira macam best friend la tapi aku malu nak cakap kat dia yang aku suka dia so aku bagi tau la kat kengkawan aku.kengkawan aku ni pulak pergi bagi tahu kat dia.tapi aku tengok dia ni macam no respon je tapi aku tak kecewa.hubungan kawan tu tetap ada sehinggalah pada suatu hari yang agak memeranjatkan aku.
kami ialah antara ahli kelab perpustakaan bergerak negeri pahang dan kerja kami ialah pinjam buku dari sana untuk dibawa balik.satu hari tu dia bagi sekeping nota untuk aku bagi kat perpustakaan bergerak tu.aku tak buka la nak jaga amanah.tapi aku tanya dia apa isi nota tu dan dia jawab yang nota tu ialah alamat rumahnya di johor.aku sudah mula kebingungan.kemudian barulah dia nyatakan kepada aku yang dia akan berpindah ke johor mengikut keluarga berpindah ke sana.aku kaget seketika.insan yang ku dambakan menjadi permaisuri hati kini akan pergi meninggalkan kelibat diriku sendirian disini.so esoknya aku hantar alamat dia ke perpustakaan bergerak tersebut.sebelum seminggu dia berpindah aku semakin mendekatinya.harap2 dia memberi tindak balas yang bahawa dia juga sayangkan aku.apakan daya sudah suratan takdir yang jodohku bukan dirinya maka tiada kata yang terucap dari bibirnya.hanya senyuman manisnya sahaja menguntum dibibir halusnya itu.
setelah perpisahan terjadi aku merasa dunia ni sudah kosong dan tiada lagi yang mampu menyenangkan hati aku lagi.aku memang layan blues gila2 masa tu.silap besar rasanya aku tak salin alamat rumahnya tu dulu.sekurang-kurangnya aku boleh mengutus surat la jugak sebagai pengubat rindu.so minggu depan tu aku pergi ke perpustakaan bergerak untuk meminta alamat yang aku tinggalkan sebelumnya tetapi aku hampa setelah diberitahu nota yang aku tingalkan tu dah dibuang kerana mereka berkata alamat tu tiada makna kerana perpustakaan bergerak ini hanya untuk negeri pahang dan setelah ahlinya keluar dari pahang maka tak perlu lagi menjadi ahli.tiada makna?!oh tidak.alamat itu bagiku terlalu bermakna.penyambung hubungan yang telah lama terputus.aku betul2 terkilan dengan apa yang terjadi.maka perasaan itu sejuk dan terus membeku tetapi tak pernah padam kerana aku yakin bahawa dialah jodohku.
selepas merantau di beberapa sekolah dan aku kembali bersekolah di kampung ketika tingkatan 4,aku cuba bertanya kepada rakan2 sekolahku sama ada mereka dapat menghubungi m tetapi tiada maklum balas yang positif.semuanya hanya berkata aku pun xtau.sehinggalah semasa tingkatan 5 ketika aku ditawarkan mengikuti tuisyen anjuran yayasan al-bukhari di sekolah menengah yang berhampiran dengan sekolahku tapi jauh la jugak jaraknya.aku pergi ke tuisyen tu dengan harapan yang aku akan berjaya didalam spm.tetapi syaratnya agak sukar bagiku.tuisyen itu mesti dihadiri setiap hari dan tidak boleh ditinggalkan melebihi 3 kali kelas yang sama atau 3hari berturut2.jika melanggar peraturan tersebut maka aku akan dibuang dari menikmati yuisyen percuma tersebut.
selain aku,ada 3 orang lagi yang menerima tawaran tersebut daripada sekolah aku.pada mulanya semua berjalan seperti dirancang akan tetapi kekurangan keluarga aku menyukarkan aku untuk pergi setiap hari kesana.lagipun ketika itu ayah aku sedang sakit dan tidak bekerja maka aku telah pergi mengikut jiranku menjual makanan di pasar malam untuk memberi wang belanja harian adik-adikku.satu hari salah seorang rakanku yang pergi tuisyen bersamaku menyatakan yang dia terserempak dengan m di sekolah tuisyen tersebut.tiba2 nostalgia silam kembali menerpa mindaku.dia cakap m ingin bertemuku.so petang tu aku tak pergi berniaga ke pasar malam dan aku pergi tuisyen dengan niat agar aku berjumpa dengan m.selepas tamat tuisyen aku menunggu ibuku mengambilku dari sekolah.ketika itulam rakanku memberitahu yang m menungguku di perpustakaan untuk bertemuku.aku memulakan langkah untuk menuju ke perpustakaan tetapi ibuku telah sampai maka aku terpaksa balik rumahku.aku dah terlepas peluang bertemunya.oh tuhan alangkah gembiranya aku pada hari itu setelah mengetahui yang m telah kembali menghampiri diriku.
duniaku rasa berseri semula.segala kenangan dari darjah 2 semasa berpindah masuk dan ketika di darjah 4 dimana semasa dia berpindah keluar terus bermain di fikiran.aku senyum sendirian.dah macam orang sewel pun ada juga.tiba2 je aku menyanyi sorang2.senyum sorang2 sepanjang malam.keesokan harinya aku bersemangat untuk pergi tuisyen semula.tetapi sesuatu diluar dugaanku telah berlaku.guruku menyatakan aku telah digugurkan dari kelas tuisyen kerana aku tidak hadir melebihi 3 hari kelas fizik iaitu pada hari jumaat.oh tidak!!!duniaku gelap serta-merta.takkan aku mahu meminta ibuku menghantarku ke sekolah itu hanya semata2 aku ingin berjumpa m.sudah tentu kena ketuk kepalaku.aku pun terus berniaga ke pasar malam pada petang itu dan aku cuba menenangkan diriku .aku masih cuba berfikiran positif bahawa dialah jodohku.rakan2ku yang lain hanya memberi perkhabaran kepadaku yang m kirim salam kepadaku.dia juga ada meninggalkan nombor telefon untuk ku hubungi (actually no fon tu aku call byk kali tak pernah diangkat.stakat sms je) berbunga hati tak terkata rasanya.indah dunia ku rasakan.
akan tetapi selepas spm semua membawa diri masing2.aku dengan jalan hidupku dan begitu juga dengan m.aku cuba melupakan segala kisah silam agar tidak menggangu fikiranku dan fokusku terhadap kerjaya.sehinggalah aku bertemu isteriku kini.aku menjalin hubungan cinta dengannya selama dua tahun dan terus melangsungkan perkahwinan.semasa aku sedang menghantar sms kepada rakan2ku,banyak yang membalas dengan pelbagai ucapan.pantun la,pusis la lirik lagu pengantin baru la,macam ada la.aku main send ke semua nombor tanpa melihat siapa yang aku hantar.aku terima sms darm m dengan yang amat ringkas tetapi menyentap jiwaku.sehingga kini aku masih menimpan sms itu.dia hanya tulis 'tahniah'.oh tidak,kenapa perasaan nostalgia itu menerjah kembali.ya Allah aku akan melangsungkan perkahwinan minggu depan.terlalu sukar untuk aku membendung perasaan dan jiwa yang berkecamuk melanda diriku sehingga aku menitiskan air mata menghadap langit gelap malam dipenuhi bintang bergemerlapan.Ya Allah mengapa begitu hebat dugaanMu padaku?mengapa Kau tak menjodohkanku dengan m?kenapa jodohku dengan orang lain sedangkan m lah yang aku yakini selama ini?pada masa itulah aku muhasabah diri sendiri sehingga aku tertidur di beranda rumah.rupanya baru aku sedar sesungguhnya jodoh pertemuan ajal dan maut ditangan Allah.hanya Dia yang berhak menentukan kerana Dia Maha Mengetahui.dan sehingga kini aku masih belum berpeluang menatap wajah m.
salam 1 malaysia