keletihan......

salam 1malaysia

penat aku hari ni.dahla duty,anak aku pulak jatuh kat dapur.baru je lepas main bola aku rehat2la hilangkan penat jap tetiba telefon,telefon berbunyi,ding ding ding ding.tapi bukan ada haiwan dalam bahaya tapi anak aku la pulak.so aku pun mandi n bergegas nak balik.sekali ustaz mat datang tanya macam mana.aku cakap la aku dah bagi tau madi suruh standby tapi ustaz mat tak bagi sebab tak ada orang langsung kat ofis so ustaz mat la standby kejap sementara menantikan madi sampai.lepas tu aku kembali ke kereta.sekali lagi hal lain pulak.henset tertinggal la.aku amik henset aku n bergegas balik rumah dengan kelajuan maksimum -aku rasa setakat 60km/j je kot.maklumla kereta sampai gear 4 je elok- dan bila sampai je kat rumah tengok anak aku tido.aku tutup je pintu terus anak aku bangun dan diapun apa lagi,terus bising la mulut dia.papa papa.maklum la baru blajar nak bercakap walaupun umur baru 10 bulan.bila aku tengok kat muka dia nampaklah ada lebam kat pipi.aku suruh wife aku bersiap pastu terus g gh.

skali lagi aku teruji dengan kebanjiran ramai warga penang yang nak buat pemeriksaan sebab demam.biasa la sekarang musim h1n1 la katakan.aku suruh wife aku beratur n aku bawa anak aku lepak kat luar.ada la dekat setengah jam lepas tu tetiba pulak diorang cakap jabatan pesakit luar tutup so kena g jabatan kecemasan.dah jadi macam satu perlumbaan pulak semua yang berada di jabatan pesakit luar meluru ke jabatan kecemasan untuk mendapatkan rawatan.aku pun start langkah pendek dan tajam la menuju kesana.dapatla giliran yang ke 19 tapi jenis kecemasan separa kritikal maksudnya aku tak perlu menunggu lama disebabkan kes anak aku agak serius.kira bagus la sistem kat gh penang ni.dalam 5 minit tunggu terus nama anak aku dipanggil dan selepas diperiksa kena buat x-ray la pulak.setahu aku x-ray ni ada kesan sikit tapi lepas juru x-ray cakap tak apa aku pun carry on jela.

satu hal lagi kat bilik x-ray,anak aku menangis tak nak kena x-ray.dia ni pelik sikit.takut kena himpit.dah nak x-ray kepala dia yang terjatuh tu memangla kena himpit dengan span taknak bagi bergerak.tapi dia ni tetap nak menangis jugak so aku patah balik ke jabatan kecemasan mintak ubat tidur.aku rasa dah dekat setengah jam anak aku tak tidur lagi aku pun g la semula kat doktor yang check anak aku tadi n dia suruh tambah sikit lagi ubat.lepas 20 minit anak aku masih lagi segar-bugar.aku dah blank kepala ni then aku suruh wife aku tidurkan dia kat dalam kereta.nah,tak sampai 5 minit dah tidur nyenyak anak aku.dengan tak buang masa lagi kami cepat2 g bilik x-ray n terus x-ray anak aku.lepas x-ray aku pun tunggu la kat jabatan kecemasan dimana masa tu datang team melawat.ustaz mat,kpl shahrul latih n kpl shahrul mt datang nak tahu perkembangan anak aku.aku ckp tunggu keputusan jela.

sementara menunggu keputusan aku start kereta dan memecut ke kedai kak na -kedai rasmi geng situ- dan terus order nasi putih n sup daging.air radix ais macam biasa.baru je nak habis rokok muncul la si mancung n segamat.aku pun makan jela lepas dapat makanan.siap je makan aku terus g isi minyak rm20 n memecut dengan lajunya -79km/j- ke gh penang n amik anak n wife aku balik.sebenarnya malam tu bukan aku je g gh penang.sjn aziman pun ada sama.anak dia demam pulak dah.anak lan bulat pulak kalau tak silap aku kena asma.kesian betul.kecik2 lagi dh dapat penyakit tapi anyway bukan kita yang minta.tu semua ujian Allah je nak tengok kita ni macam mana nak menghadapinya.sebelum balik rumah singgah khaleel gurney wife aku nak makan mee goreng mamak.lepas balik aku ingat nak lepak kat kak na dgn fazlie tapi sekali dia dah dekat hotel tanjung bungah dah.akau pun balik ofis jela.so sekarang aku memang betul2 letih dan perlukan sedikit rehat -actually tidur la tuh....- sebab esok ada pt test.jangan sebab tak cukup tidur aku tercungap pulak esok.tak pasal2 aku pulak g gh penang.

Popular posts from this blog

mengantuk sungguh

pak su bra hitam buat pasal

jodoh bukan ketentuan kita