berita bertindih-tindih.
salam 1malaysia.
hari jumaat lepas yang penuh dengan peristiwa dan berita yang tak putus2 datangnya.bermula dari selepas solat jumaat.aku masak nasi lemak dengan sambal udang.maklum la semalamnya aku g tesco bli udang rtc tapi elok lagi.lepas makan nasi lemak aku nak g keje la.sampai kat tempat keje tengok macam tak ada orang.mana semua pergi?yang tinggal cuma orang yang duty n ada la 2 3 kerat orang.kalau la aku tau macam ni baik aku balik sambung makan nasi lemak tadi.perut lapar lagi ni.aku pun menghadap pc download game flash yang terbaru jela.
abis waktu leje aku balik la rumah.tengok2 anak aku tido so aku on jela seround.lepas tu makan nasi jap n dalam kul 6:30 aku dapat call dari abah cakap maklang sakit kat tasik gelugor.aku pun siap2 la n g amik kete aku kat base.sebelum gerak aku buka google map cari kampung selamat.mana la aku pernah jejak kaki kat sana walaupun dah 4 tahun duduk penang ni.aku copy peta dalam henset aku n amik wife n anak aku terus g sana.aku terlupa pulak fakta pasal penang ni dimana jumaat merupakan hari maut untuk keluar dari pulau.aku habiskan masa dekat 2 jam tunggu feri.
nasib baik tapau nasi lemak lebih masak tadi so aku n family menikmati nasi lemak la kat atas feri.aku drop seat abis dan duduk bersila menghadap ke belakang dalam kereta.orang lain tengok gelak je.pegi mampus la janji aku boleh isi perut yang tengah keroncong gila babi ni.dah kuluar feri cabaran pertama pun bermula.nak cari mana rumah dia.mula2 aku cari petronas nak tanya mana tasik gelugor.diorang cakapla ikut mana.aku punfollow je.dengan hujan yang kejap lebat kejap renyai menjadikan jalan nampak tak nampak je.maklum la mata aku ni rabun malam sikit.aku tanya pulak petronas kedua mana kampung selamat.dia tunjuk jalan la kat aku.aku follow lagi dan last sekali aku tanya jaga sekolah mana jalanselesa.lastly aku sampai jugak kat rumah dia.
aku terkejut jugak sebab berita yang aku dapat dia ni sakit sampai tak boleh bangun.aku tanya la dia sakit apa rupanya dia sakit tulang belakang tapi siap boleh masak bihun singapore lagi kat aku anak beranak.tetiba aku terima satu lagi berita.bapa sedara ku-arwah cik zainal- meninggal kat tambun,ipoh.biar betul ni.dahla maklang yang ok ni diorang cakap sakit teruk.ni pulak orang yang sihat dikatanya dah meninggal.aku dapatkan kepastian dengan call atuk aku.dia cakap memang meninggal.maklang bagi la baju bebudak kat nak aku.aku mati akal jugak sebab duit tak ada dah ni.adik aku pulak kebetulan baru balik dari batu gajah so aku g sungai petani jumpa dia bincang macam mana nak pergi ke ipoh ni.
aku call kpl ej cakap nak pinjam duit sebab kat aku memang dah kering gila ni.tinggal duit syiling tah berapa ringgit.aku dah blank nak cari duit ni lalu teringat yang mak aku ada duit sikit dalam maybank dia.aku call kpl ej minta tlg dia transfer duit mak aku masuk dalam akaun aku.dia pulk tak berapa mahir so aku ckp kt dia minta tlg kat fazlie sebab fazlie tau sikit.aku cepat2 cari atm n jumpa petronas yang ada atm maybank.jap dah tunjuk pukul 11:55 dan aku cuma ada masa 5 minit lagi sebelum aku tak dapat g ipoh sebab duit tak ada.dlm kul 11:58 lie ckp duit dah masuk.aku anto sms tq kat mereka berdua dan aku terus g sp jumpa adik aku.dalam kul 1 pagi kami gerak g ipoh naik kancil bos dia.adik aku yang bawa n dia tak nak kete aku yang boleh guna sampai gear 4 je g sana.takut meletup gearbox kat tengah jalan nanti.
nasib baik touch n go aku ada la dalam rm60 so guna highway terus jela.aku tido n adik aku bawa kete.bila aku terjaga nampak sebuah kereta yng aku macam kenal je.kete wira putih kpl lokman.aku anto sms kat dia tanya betul ke.aku ajak dia stop kejap kat hentian mana tah aku tak ingat.aku stop n nampak dia datang.memang sah dia pun.dia ada kerja gak nak gi ipoh.dia pun terus memecut laju dengan wira turbo dia tu.
lepas habis hisap rokok aku pulak drive kesana.dengan hujan agak lebat aku bawa slow je.sampai bandar ipoh adik aku pulak bawa.dah nak sampai ke rumah arwah ni tetiba perut lapar la pulak.kat ipoh ni susah sikit nak cari kedai yang buka 24 jam selain kedai mamak.aku cari n jumpa kedai mamak dekat area sebelum masuk tambun.makan nasi lemak special nasi lebih la aku sebab lapar teramat sangat.
lepas makan aku sambung perjalanan g sana.aku g rumah pakngah sebab kat rumah arwah aku tak tahu jalan g sana n aku takut rumah tu dah ramai orang dah.miza menyambut kedatangan aku dengan muka baru bangun tidurnya la.lepas lepak2 kejap terus kami semua tidur kat ruang tamu.
pukul 7 pagi aku dikejutkan pulak sebab nak kebumi arwah dalam pukul 10.so kami bersiap nak g rumah arwah jela.sebelum kesana aku n adik aku -wife aku ditinggalkan kat rumah pakngah- g minum dulu kat kedai.lepas tu barulah g sana.sampai je kat sana aku tengok muka arwah macam orang tengah tidur.tak nampak macam orang meninggal pun.sejuk je wajah dia.lagipun semua orang kenal n tahu dia ni macam mana masa hidup dulu.seorang yang baik hati,pemurah n tak banyak cakap.senyum je memanjang dia ni.perwatakan dia ni membuat semua orang senang dengannya.lepas setup barang2 nak mandikan rawah kami tunggu van jenazah je datang.dalam kul 10 pagi van jenazah sampai la.lepas mandikan arwah diuruskan.
semasa hendak dikafankan ahli keluarga memberi ciuman terakhir.ekin n cik sepet jela yang ciumpun.masa ekin cium ok lagi tapi masa cik sepet nak cium orang tolong pegang dia sebab dah nak pengsan.cik sepet peluk arwah dalam tangisan n sedu sedan kerana tak disangka suami tersayang telah pergi meninggalkannya untuk selamanya.aku lihat bagaimana seorang isteri yang aku kenali dulu sebagai seorang yang sangat garang n tegas tetiba jatuh pengsan selepas mencium arwah suaminya buat kali terakhir.
aku rasa aku pun dah tak larat nak tunggu kat sana.dahla aku duty hati tu.aku salam dengan semua orang dan terus ke rumah pakngah amik wife aku dan meneruskan perjalanan ke sp.aku?tido jela keje aku.sedar2 je dah sampai rumah dia.aku amik home theatre adik aku n sumbat ke boot kereta.rack pulak sumbat kat seat depan.penuh!lepas wife aku bagi makan anak aku,terus aku balik base.sebelum balik base aku g tesco kejap -ish,tesco lagi- makan kat nasi kandar pelita.wife aku la lapar sangat.aku ok je.
sampai rumah aku bawa rack n home theatre aku simpan kat bawah katil bilik rehat.habis je pastu aku pun nak tido tapi ada sorang kpl ni datang lepak dengan aku.sedar2 dah kul 6:30 dah so aku g mes la makan.lepas makan aku terus shutdown system tubuh aku.tido....