selsema babi/H1N1/swine flu/influenza A

salam 1malaysia
h1n1 telah melanda negara dan sehingga kini masih ramai lagi mangsa yang mendapatkan rawatan.tidak kurang juga yang telahpun meninggal dunia akan tetapi adakah dengan statistik sebegini menyedarkan kita?
minggu lepas aku pergi jenjalan kat pc fair dalam hujan lebat.nasib baik naik kereta.kesian kat fazlie kebasahan.sesampainya aku kat sana aku tengok macam tak ada h1n1 kat negara kita ni.orang yang pakai topeng lak boleh dibilang dengan jari.betul ke apa yang aku tengok ni.bila aku perhatikan orang lain baru aku tersedar yang aku sendiri tak pakai pun topeng amuk tu.kenapa semua ini terjadi?
jika dilihat dari satu sudut,sebenarnya rakyat kita masih belum cukup dimomokkan dengan h1n1 ni.lagipun kita sendiri tak nampak virus h1n1 tu memang la tak takut.lagipun kesannya pula boleh dikatakan seakan-akan demam biasa je.so orang buat tak kisah je dengan h1n1 ni.kalaulah virus h1n1 ni kita boleh nampak dengan mata kasar macam nyamuk dan apabila ianya hinggap kat tangan kita, seraya itu juga kita merasa sakit yang amat sangat.barulah pada masa itu mungkin kita akan menyedari dan respek sikit kat h1n1 ni serta terus menjalankan kangkah2 pencegahan.
jika dilihat dari sudut lain pula,aku nampak kempen kerajaan menentang h1n1 tak cukup kuat.memang dalan media banyak diiklankan cara mencegah dari dijangkiti h1n1 tetapi seharusnya kementerian kesihatan turun padang.pergi ke setiap ceruk dalam malaysia ni bagi penerangan dan mungkin boleh bagi sabun ataupun topeng muka percuma.dalam kartun upin dan ipin pun mereka bagi berus gigi dan ubat gigi percuma.kalau boleh tunjuk sikit gambar2 yang menunjukkan kesengsaraan penghidap h1n1 ni.barulah mereka takut sikit nak keluar tak pakai topeng.silap2 naik moto tak pakai helmet tapi pakai topeng.sampai tahap macam tu sekali.bila dah jadi macam tu barulah h1n1 dapat dikawal sepenuhnya kerana walaupun mencegah itu lebih baik dari mengubati,kesedaran tentang pencegahan tu lebih penting kerana tanpa kesedaran,seseorang itu takkan sedar diri.sekian.

Popular posts from this blog

mengantuk sungguh

pak su bra hitam buat pasal

jodoh bukan ketentuan kita