ramadhan menjelma....

salam 1malaysia

hari ni umat islam sudah mula menunaikan ibadat puasa.so di kesempatan ni aku nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat mnyambut bulan ramadhan yang mulia.bila sebut je bulan puasa,semua dah terbayang suasana raya.bukan terbayang ibadat apa yang boleh dilakukan sepanjang bulan ramadhan ni.aku teringat la cerita2 tentang bulan ramadhan ni.

dulu masa aku mula2 jejak kaki kat situ dah nak dekat raya dah.so secara automatik aku kena duty raya la.aku bukan nak cerita pasal duty raya aku ni tapi suasana bulan puasa kat situ ni macam mana.hari pertama puasa kira ok la lagi.tapi bila menjelang 3-4 hari puasa dah mula menunjukkan perubahan sedikit demi sedikit.masa tu kapak ada kereta iswara biru yang boleh dipanggil zu bulan puasa.kebiasaannya ada la orang2 yang tertentu akan menjadi mt bulan puasa.identiti dirahsiakan demi menjaga rahsia negara.

dalam pukul 11 je kereta kapak akan dipinjam oleh individu tertentu untuk menuju ke sebuah kedai mamak yang terletak agak jauh dan terpencil.apabila terdengar bunyi enjin kereta dihidupkan maka semua yang kaki2 ni akan terus menghantar sms kepada individu yang menghidupkan kereta tersebut.penghantar sms diberi 2 pilihan sama ada menerima menu yang disediakan atau pergi sendiri ke kedai berkenaan jika tidak gemar akan menu yang diberi.menu?macam biasa la.ayam goreng berempah,kobis goreng,kuah campur dan teh ais.

dalam lebih kurang 11:30 apabila kereta kapak@zu bulan puasa sampai ke court bola tampar maka penghantar2 sms itu akan terus mengambil tempahan masing2 dan menuju ke lokasi seterusnya iaitu lokasi dimana bungkusan yang ditempah akan dibuka serta dihabiskan tanpa meninggalkan kesan kepada lantai mahupun dinding tempat tersebut.lokasi2 tersebut adalah dirahsiakan.ini kerana nampak macam tiada orang tetapi penuh dengan umat manusia yang tak faham erti puasa.

selepas masing2 menghilangkan jejak bungkusan itu,maka sesi membahayakan kesihatan pun bermula.jenama2 seperti dunhill,winston,benson & hedges,saat,marlboro serta sampoerna hijau 14 menjadi pilihan.jika dilihat dari jauh nampak kesan seperti jabatan kesihatan melakukan fogging keatas lokasi tersebut tetapi fog yang datang itu adalah hasil pembakaran tertutup tembakau tersebut.

disebabkan bulan puasa tiada waktu makan tengahari maka waktu kerja disingkatkan kepada hingga pukul 3 petang sahaja.semua warga kerja pulang ke rumah dan mula menyediakan hidangan untuk berbuka puasa kelak -walaupun dah bantai nasi kandar tadi-.ada juga yang pergi ke bazar ramadhan untuk membeli juadah dan lauk pauk jika malas nak masak dah.satu lagi perangai manusia ketika melawat bazar ramadhan iaitu beli banyak tapi makan cuma 1 je hasil pembelian tersebut.jadi kemana lagi pembelian yang telah dibuat tadi?kebanyakan dari kita akan memilih dari 3 pilihan biasa iaitu:
1-simpan saja dalam peti sejuk semoga boleh makan lagi untuk sahur
2-buang je makanan tu sebab kalau simpan pun confirm basi punya tak pun akan dimakan semut@tikus
3-bawa ke surau je buat hidangan sampingan untuk moreh nanti.

apabila salah satu pilihan itu dipilih maka tidak gusar lagi tentang persoalan kemana perginya lebihan pembelianku tadi.sekarang tiba masa untuk ke masjid menunaikan solat terawih.bab ini yang paling best kerana jika kita tahu ganjaran tentang solat terawih,mesti tiada siapa yang akan tinggalkannya walaupun sehari.tapi apa yang terjadi agak mengecewakan.solat terawih perlu didetail orangnya baru ada orang di surau.siapa tak pergi dapat habuan yang tidak menyenangkan.so hati niat ke surau solat terawih bukan kerana nak solat terawih tetapi takut kena hukuman.inilah yang saya rasa perlu diubah.tanamkan semangat bertarawih dan bukan detail bertarawih.

habis je tarawih semua menunggu moreh la pulak.kebiasaannya siapa yang menyediakan moreh tidak akan solat terawih.selepas orang habis solat terawih semua akan menikmati moreh yang disediakan.pada masa inilah dapat dilihat siapa kita sebenarnya.ada yang ambil banyak2 dan makan sorang2 di kejauhan.ada yang makan bersama rakan2,ada yng ambilkan makanan untuk incas masing2,dan ada juga yang bungkus bawa balik sedangkan ada lagi yang belum menikmati moreh tersebut.inilah perangai sebenar kita.adakah kita pentingkan diri,ingat kawan2,kaki bodek,ataupun kedekut dapat dilihat disini.

moreh boleh dikatakan mengenyangkan tetapi sudah menjadi kebiasaan untuk lepak di kedai rasmi situ -kedai makan kak na-.biasanya terus niat nak sahur la dalam pukul 1 pagi lepak kat sana.tetapi apa yang terjadi selepas balik dari lepak,kaki terasa gatal pula nak jenguk mes sediakan apa untuk sahur.kebiasaannya memang dah siap dah dan semua akan makan sahur.yang baru balik dari kedai ni pun join sekali makan di mes pula.inilah penyebab kenapa bulan puasa berat badan semakin bertambah dan bukannya berkurang.

Popular posts from this blog

mengantuk sungguh

pak su bra hitam buat pasal

jodoh bukan ketentuan kita