rabun?

salam 1malaysia

sebelum ini aku tak pernah terfikir untuk memakai cermin mata.bagi aku macam lawak je kalau orang pakai cermin mata ni.macam datuk kame dalam dragonball je.tapi selepas satu peristiwa ni aku berazam nak pakai jugak spek nih.dulu aku minat kat sorang kawan masa sekolah rendah.nama dia?hmm biarlah aku simpan sorang2 je.

dia ni rajin membaca so satu hari dia datang sekolah dengan memakai spek.tetiba lak aku jadi jatuh hati kat dia sebab nampak comel sangat bila dia pakai spek.lepas tu setiap hari sabtu ku akan pergi pasar malam sebab nak test spek yang kira ok la dengan aku.bukan apa, kononnya sehati sejiwa la.memang aku tangkap cintan gila2 la kat budak ni.sampai la satu hari masa darjah 4 dia bagi satu alamat kat aku dan dia cakap yang dia akan berpindah ke johor.aku pun dah tak ingat aku letak mana alamat tu.maklum la masa tu mana ada lagi henset@pda nak simpan maklumat.setakat salin kat belakang buku latihan sekolah lepas tu lupa la mana letak tadi.

sejak dia pindah aku jadi semakin rajin membaca sebab nak merabunkan mata aku tapi tak pernah berjaya.so aku pun terus melupakan memori tu sikit2 sampai aku sekolah menengah.masa tu form5 kira study hard untuk spm la ni.masa tu aku dapat tawaran tuisyen percuma kat satu sekolah ni.sekolah ni jauh gak la dari rumah aku tapi atas sebab tuisyen ni free so aku pegi jela.ada la dalam 2 bulan aku tuisyen kat sana tetiba satu hari kawan aku cakap kat aku yang budak dah pindah johor tu datang sekolah kat situ.siap kirim salam lagi.ish dia ingat lagi kat aku walaupun dah 7 tahun masa berlalu.actually aku pun ingat lagi dia.jodoh kot agaknya.aku cakap kat kawan aku macam mana dia boleh tau kita datang sini?rupanya dia budak baru kat situ dan setiap petang dia akan berdiri kat tepi pintu pagar sekolah dia sambil tunggu bapak dia amik.kebetulan satu hari tu dia terdengar kengkawan aku kat sekolah tu sebut2 nama aku so dia tanya la n memang sah la orang yang dia cari tu ialah aku.so aku janji dengan dia nak jumpa sebab lama sangat tak bersua muka.

malang menimpa aku.aku demam teruk masa hari yang aku janji nak jumpa dia.terkilan gak aku.aku cuba datang semula ke sekolahnya lepas habis demam 3 hari.mlangnya aku telah dibuang dari tuisyen sebab aku tak datang 3 hari berturut2 dan berakhirnya penantian aku untuk bertemunya.sejak hari tu aku tak jejak lagi kat sekolah tu.

semalam lak gaji so aku g tesco dan buat spek aku sendiri.kenapa?sekarang selepas 13 tahun impian aku nak pakai spek akhirnya tercapai tapi bukan sebab aku yang mintak rabun,sebab aku ngadap pc lama sangat.ditambah lagi monitor crt yang memang menyakitkan mata ni hanya aku saja yang mampu menggunakannya sehari suntuk berbanding dengan yang lain hanya sekejap saja.sekarang baru la aku sedar yang mata ni anugerah paling berharga.kalau dah pakai spek memacam benda menghalang ko nak buat kerja lagi2 bila makan makanan feveret-megi kari+asam laksa- memang penuh wap dia kat spek aku.huhu.....

Popular posts from this blog

mengantuk sungguh

pak su bra hitam buat pasal

jodoh bukan ketentuan kita